MANJUNG: Seorang anggota polis menemui ajal setelah motosikal yang dinaiki terbabas melanggar tiang Telekom, dipercayai ketika mengelak haiwan lar melintas di Jalan Kampung Cina, Pantai Remis pada petang Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah, mangsa lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda RS itu terbabit dalam kemalangan ketika sedang menjalankan tugas.
Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Seri Manjung pada sekitar jam 6.30 petang hari sama.
"Pada 18 Disember kira-kira jam 2.35 petang, polis dimaklumkan mengenai kejadian kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang seorang anggota Balai Polis Pantai Remis dipercayai terbabas sendiri di Jalan Kampung Cina, Pantai Remis.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Jalan Kampung Cina ketika anggota polis itu menjalankan tugas bergerak dari pekan Pantai Remis ke Kampung Cina.
"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan semasa mengelak haiwan liar lalu terbabas melanggar tiang telekom di tepi jalan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Dalam pada itu beliau berkata, mangsa diserahkan kepada Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sehubungan itu, beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Wan Amiratul Syuhada Wan Zureimy di talian 01116906701.
Aida Aziz
Mon Dec 18 2023
Mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Seri Manjung pada sekitar jam 6.30 petang hari sama. - Gambar hiasan
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan
Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) membabitkan nilai RM2,000 ditahan.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu
Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang lewat petang tadi.
Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta
Dua anggota polis yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta.
Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600.
Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
Empat lelaki ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan empat lelaki semalam disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya, pada 19 Feb lepas.
Program Madani Rakyat: Polis IPD Kuala Selangor digerakkan jaga keselamatan
IPD Kuala Selangor akan menggerakkan keseluruhan anggota bagi memastikan kelancaran dan keselamatan awam sempena Program Madani Rakyat.
PDRM semak semula modul pengambilan anggota baharu, elak salah laku
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyemak semula modul pengambilan anggota dan pegawai baharu susulan beberapa kes salah laku melibatkan warganya baru-baru ini.